EvoNet, .:Menjual / Membaikpulih / Upgrade Komputer Baru &Terpakai Sekitar Kota Tinggi:.

- Jual / Baikpulih & Naik Taraf PC dan Laptop - Perkhidmatan Internet - Printing - Networking... Hubungi Kami @ 0127584656 - Sekitar Kota Tinggi

 
About Me

Name: adee @ SiR QiErA @ qiera
Home: Kota Tinggi / Batu Pahat, Johor, Malaysia
About Me: simple guy with a happy family... www.myteam.freeforums.org
See my complete profile
My Facebook



Me Myself
Image Hosted by PixsUP.com
EVONET SERVICES

Image Hosted by PixsUP.com

Masa Mencemburui Kita

Menghitung Hari
Sumber Inspirasiku

PERMATA HATIKU

Pendaftaran keahlian UMNO secara Online
Saturday, January 31, 2009

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini melancarkan sistem pendaftaran keahlian parti secara online di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menerusi kaedah tersebut, permohonan menjadi ahli UMNO boleh dibuat menerusi laman web http://www.daftar.umno.org.my

Majlis pelancaran dilakukan pada kira-kira pukul 8.30 malam iaitu sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti di menara berkenaan.

Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Naib-naib Presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta ahli-ahli MT.

Individu yang ingin mendaftar keahlian dikehendaki menaip nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, telefon dan e-mel, negeri, bahagian dan cawangan yang ingin disertai.

Syarat untuk membuat pendaftaran ialah warganegara Malaysia dan kaum Melayu atau bumiputera.

Individu berkenaan juga dikehendaki membuat pengakuan untuk patuh kepada Perlembagaan, peraturan dan segala dasar parti.

Labels:

posted by adee @ SiR QiErA @ qiera @ 11:25 PM   0 comments
Hikmah Angka dalam Islam 2
Friday, January 9, 2009
ANGKA 1:
Satu amalan tertua yang disyariatkan oleh Allah pada Bani insan iaitu puasa.Firmannya yang bermaksud: Hai orang - orang yang beriman ,diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang -orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 183)

ANGKA 2:
Apabila dua perkara ditinggalkan oleh umat islam,maka mereka akan ditimpakan kehinaan:
Firman Allah:
Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada,kecuali jika mereka berpegang kepada tali(agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia..
1)Hubungan dengan Allah.
2)Hubungan dengan manusia.

ANGKA 3:
Sabda Rasulullah SAW kepada Anas bin Malik ra:Adakah kamu suka aku mengajarkan padamu tiga perkara yang kamu dapat manfaat darinya?Dia berkata:Bahkan ya Rasullah .Bersabda Nabi SAW:
1)Bila kamu bertemu seseorang dari umatku,maka berilah salam kepadanya ,akan panjang umurmu.
2)Bila kamu hndak memasuki rumahmu, maka berilah salam akan banyak kebaikanmu.
3)Dan sembahyaglah solat Dhuha kerana ia adalah sembahyang golongan Abrar terdahulu.

ANGKA 4:
Cinta itu berputar sekitar empat perkara:
1)Adakalanya kita mencintai orang yang kita cintai.
2)Adakalanya kita mencintai orang yang tidak mencintai kita.
3)Adakalanya kita tidak menyintai orang yang tidak menyintai kita.
4)Adakalanya orang menyintai kita,kita tidak menyintainya.

ANGKA 5:
Berkata Saidina Ali karamullahu wajhah daripada kebaikan seseorang lelaki itu lima perkara:
1)Isterinya bermuafakat.
2)Anak-anaknya baik.
3)Saudara-saudaranya bertaqwa.
4)Jiran-jiranya soleh.
5)Rezekinya di negeri sendiri.

ANGKA 6:
Hasan Al-Basri berkata:
Enam perkara yang boleh merosakkan hati:
1)Sengaja melakukan dosa kerana ia berkata bahawa Allah itu maha pengampun.
2)Tidak mngamalkan ilmu yang dipelajari.
3)Beramal,tapi tidak ikhlas.
4)Makan rezeki yang dikurniakan Allah tapi tidak bersyukur.
5)Tidak redha dengan ketentuan dari Allah.
6)Selalu menziarahi orang mati,tetapi tidak mengambil iktibar darinya.

ANGKA 7:
Tujuh sifat - sifat Mukmin:
1)Sensitif dengan tuhan.
2)Orang Mukmin apabila dapat nikmat kejayaan dan kelapangan hidup hatinya terasa syukur pada Allah.
3)Jika terbuat dosa,sekalipun dosa kecil,apalagi Kalau dosa besar,hatinya gelisah,takut dan hilang ketenagan.
4)Hatinya sentiasa hudhur dengan Allah yakni merasa senantiasa diawasi oleh Allah.
5)Hatinya sangat tawadduk dan khudu' pada Allah.
6)Kalau diuji oleh Allah,hati Mukmin sabar dan redha.
7)Hati mukmin sentiasa terkenang-kenangkan Allah.

ANGKA 8:
Ditanya kepada Imam Syafie:
Bagaimana kamu berpagi-pagian:
beliau menjawab:Aku berpagi-pagian dalam keadaan lapan perkara mengekoriku:
1)Allah SWAT dengan segalka kefardhuan.
2)Rasullah SAW dengan sunnahnya.
3)Masa dan perencanaanya.
4)keluarga dan makanan mereka.
5)Malaikat Hafazah dengan apa yang akan dituturkan oleh lidahku.
6)Syaitan dengan maksiat.
7)Nafsu dengan syhwat.
8)Malaikat Maut yang hndak mncabut nyawa.

ANGKA 9:
Sembilan syarat Muslim yang baik di dalam Jemaah ISlamiah:
1)Memahami akan ajaran islam itu secara menyeluruh,apa yang diperkatakan hendaklah diperjuangkan serta dilaksanakan sebaik-baiknya.
2)Tahu dan faham bagaimana hendak membangunkan jemaah islamiah.
3)Memasuki sebuah jemaah islamiah atas dasar ianya kewajipan dan tanggungjawab dari Allah.
4)Dapat mengenali diri sendiri (kekurangan dan kelebihan).
5)Tahu dan paham bagaimana mnjaga perpaduan supaya bersatu padu,kukuh dan berukhwah.
6)Faham dan dapat melaksanakan matlamat perjuangan jemaah meninggikan kalimah Allah (hukum -hakam Allah).
7)Tahu dan faham serta melaksanakan wasilah - wasilah untuk mncapai matlamat perjuangan.
8)Memahami strategi perjuangan serta isu-isu semasa.
9)Memahami sunguh - sungguh jalan fikiran atau minda pucuk pimpinan jemaah.

ANGKA 10:
Didalam KITAB "Mukhtasar Tazkiratul Qur_tuhu' karangan Imam Abdul Wahab syaraani halaman 44 - 45,ada sepuluh kumpulan manusia yang dihalau ke padang mahsyar di dalam keadaan amat hina sekali dan wajah mereka dikeluarkan oleh Allah kepada wajah binatang.10 golongan itu ialah:
1)Mereka ditukarkan dengan rupa kera kerana suka mengadu domba sewaktu didunia.
2)muka mereka ditukar menjadi rupa babi kerana suka makan barang yang haram dan batil.
3)mereka dihalau dalam keadaan tertonggeng kakai diatas,kepala dibawah,ini balasan pada orang yang makan harta riba.
4)mereka dihalau dalam keadaan buta dan dituntun kerana curang dan tidak menuruti hukum Allah.
5)Golongan yang dijadikan bisu dan tuli serta tidak berakal kerana berbuat riyak,mengagungi diri sendiri dan bnagga dengan amalan sendiri.
6)Golongan yang dihalau dalam keadaan mengigit dan menguyah lidah sendiri sedangkan lidah itu pula mnjulur sampai kedada dan dari mulutnya keluar muntah darah yang menjijikkan.mereka ialah ahli pidato yang ucapanya berlainan sekali dengan tindakannya.
7)Golongan yang dihalau dalam keadaan kedua tangan dan kakinya terpotong kerana suka mngangu jiran.
8)Golongan yang digiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tubuhnya disalib di pokok kurma kerana berusaha mengajak orang ramai untuk membela kerajaan yang tidak jujur kepimpinanya dan membelakangkan islam.
9)Mereka dihalau dalam keadaan berbau busuk,lebih busuk dari bngkai kerana tidak membayar zakat dan memuaskan hawa nafsunya sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain
10)Golongan yang dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian "tir" yang panas kerana ia takabur dan sombong..


Firman Allah :
Dan ssungguhnya Kami (Allah) telah berikan pada Lukman hikmah iaitu bersyukurlah kepada Allah. (Lukman..12)

Sabda Rasullah s.a.w:
Punca (kepala) hikmah (kebijaksanaan) itu ialah pada sifat khauf (takut) kepada Allah s.w.t

Labels:

posted by adee @ SiR QiErA @ qiera @ 7:09 PM   0 comments
Hikmah Angka dalam Islam

ANGKA 1:
Istiqamah itu satu jalan .awalnya
kemulian,pertengahannya keselamatan, dan akhirnya
adalah syurga yang menanti.

ANGKA 2:
Dua titisan yang sangat bernilai di hari
akhirat .dapat memadamkan kepanasan api di
padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat
kepada Allah}terutama d malam hari.
2)Darah para syuhada dimedan jihad fisabilillah.

ANGKA 3:
Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan
kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum{wangi}
2)Isteri yang solehah
3)Cahaya mataku didalam sembahyang.

ANGKA 4:
Berkata Syaidina Ali karamullahu
wajhah:Barangsiapa yang d berikan kepadanya
empat perkara sesungguhnya dia telah d beri
kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa
yang d haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak
yang penyantun.
3)Malu yang meneghnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam
urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:
Berkata seorang soleh:Ubat bagi hati itu ada pada
lima perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun d waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}

ANGKA 6:
Enam cara2 menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah d mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbnyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan
ibadah d samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:
Tujuh anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum

ANGKA 8:
Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan
fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan d
kuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikiut:
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)susah untuk menerima kbnaran dari orang lain
5)Ingin berlawan terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan
dunia,pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin dihormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

ANGKA 10:
Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak
busuk dan tidak reput d dalam kubur dan mereka
akan bangun ke padang mahsyar dgan tubuh yang
asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati d bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam
jumaat….

WASSALAM…..

"MUSLIM yang BAIK {SEJATI} ITU IALAH MUSLIM
yang DAPAT MENYUSUN JIWA{rasa HATI} ,
MENYUSUN FIKIRAN DAN MENYUSUN
FIZIKALNYA"
Syeikhul Arqam………..

Labels:

posted by adee @ SiR QiErA @ qiera @ 6:52 PM   0 comments
BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
Monday, January 5, 2009
sekarang tgh kempen boycot yahudi...kalau korang nak tahu, brands dan labels atau company yg harus kita boycot, bleh gi kat sini....

Tengok Sini...


Hai lepas ni ramai ah jual balik Hp Nokia yg mahal dan laptop or pc intel tu...xnah dah minum coca cola...hehehe..
posted by adee @ SiR QiErA @ qiera @ 9:40 PM   0 comments
Kami Blogger [ 758 ]
Jom Borak!!
Previous Post
Archives
Links Terhebat
© 2009 EvoNet, .:Menjual / Membaikpulih / Upgrade Komputer Baru &Terpakai Sekitar Kota Tinggi:. Adee with love adLeeN Amjad