About Me |
Name: adee @ SiR QiErA @ qiera
Home: Kota Tinggi / Batu Pahat, Johor, Malaysia
About Me: simple guy with a happy family...
www.myteam.freeforums.org
See my complete profile
|
My Facebook |
|
Me Myself |
|
EVONET SERVICES |
|
Masa Mencemburui Kita |
|
Menghitung Hari |
|
Sumber Inspirasiku |
|
|
Hari Ibu |
Friday, May 8, 2009 |
Di Malaysia dan sebahagian besar negara lain pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Ibu. Tahun ini jatuh pada 10 Mei 2009.Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.
Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).
Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.
Besarnya pengorbanan dan kasih ibu tidak dapat dibalas sepenuhnya oleh anak-anak. Kita semua mempunyai ibu dan tiada sesiapa dapat melihat dunia tanpa seorang ibu.
Kasih seorang ibu terlalu tinggi nilainya dan sukar untuk digambarkan. Dari mula mengandungkan kita selama sembilan bulan. Diikuti dengan ketika yang amat menyakitkan semasa melahirkan kita. Tidak cukup tidur dan penat ketika menjaga kita semasa bayi. Lelah dan pening melayan telatah kita semasa kanak-kanak. Risau dan sabar mengharungi kedegilan dan perangai kita semasa remaja.
Aku seperti anak-anak yang lain amat menyayangi dan menghargai kasih sayang ibuku. Tetapi itu semua tidak dapat dibandingkan perasaanku melihat susah payah isteriku semasa mengandungkan anak sulongku dulu. Keadaan ini ditambah lagi apabila aku menyaksikan sendiri bagaimana peritnya kesakitan yang dialami oleh isteriku semasa melahirkan anakku itu.
Aku mengambarkan beginilah yang dialami oleh ibuku sendiri selama sembilan bulan mengandungkanku dan sakitnya bagai bertarung nyawa semasa melahirkanku dulu. Hatiku menjadi sayu dan kasihku kepada ibu lebih bermakna setelah melalui pengalaman ini.
Ibu tidak pernah meminta jasanya dibalas tetapi menjadi tanggungjawab anaklah untuk memuliakan ibu. Aku masih beruntung kerana ibuku masih ada. Dapatlah aku bersalam dan mengucup tangannya. Dapatlah juga aku memeluk dan mencium pipinya. Terima kasih ibu kaulah ratu hatiku.
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.
Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 10 Mei 2009, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.
Gugurnya Kelopak Itu...
Tunas itu mula bercambah, Sekian lama tertanam di pelosok gentian, Menjalar robek sinar mentar, Walau halangan datang menerpa.
Tunas itu mula berkembang, Kembangnya sekuntum mawar, Bagai si puteri bangkit beradu, Walau saingan menyerang tiba.
Si mawar mula mewangi, Semerbak harum menusuk kalbu, Ayuan merah kelopak menawan, Lambaian hijau daunan menenang.
Lembut tubuh bersalut duri, Membangkit cemburu iri sang flora, Menzahir gerun takut sang fauna, Hanya si kumbang gagah tiada gentar.
Ibu dikaulah mawar itu, Yang kupujai tiap waktu, Yang kurindui wajahmu, Yang kukagumi ketabahanmu.
Cekal hati mendidik daku, Sabar murni melayan kerenah anakmu, Tiada kedengaran sepatah keluhan, Tiada kelihatan setitip kemarahan.
Kini mawar itu kian layu, Perlahan dimamah arus usia, Gugur sudah si ayu kelopaknya, Hilang sudah lambaian daunannya.
Segamit memori ku kenangi, Setulus kasih ku dambai, Potret wajahmu ku tatapi, Sebuah kehilangan yang tiada ganti.
khas buat ibu tersayang..al-fatihah
~tinta lughahwi~
Ingatlah Kepada Ibumu
Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja… aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku… ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “ Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok… aku cari pasanganku Bila sedih… aku cari Ibu Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu… aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku Bila..bila… aku akan talipon pasanganku Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu….
~???~
Ibuku
Ibu Setiap deras degupan jantungku Engkau mampu merasanya Ketika aku: Sedih Gembira Gelisah Naluri ibumu Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih Kaulah ubat kepada duka laraku Menceriakan dan menghakis Perasaan yang melunturkan Semangatku
Ketika aku gembira Engkau juga turut berkongsi Kegembiraan yang menyinari saat Aku hidup di muka bumi ini Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku Engkau masih bersamaku Menolong menyelesaikan Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan Perjalanan hidupku
Ibu Selagi hayat dikandung badan Aku akan sentiasa mendampingimu Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya Namun, terimalah keikhklasanku Untuk menyayangi Insan yang mulia ini
~Muhammad Syafiq~
Sajak Untuk Ibu
Siapalah daku tanpa dirimu Walaupun kau sering memarahiku Daku tidak pernah kecewa Kata-katamu bak mutiara Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya... ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk kebaikan diriku... Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu…. Daku telah banyak berdosa kepadamu Dapatkah daku membalas jasa baktimu Yang laksana pepasir di pantai Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia Disamping keluarga tercinta...
~Sulaiman~
Aku Masih Ingat
Aku masih ingat dan akan terus ingat sehingga akhir hayat dulu engkau banyak menderita
aku masih ingat dulu engkau banyak menangis aku masih ingat dulu engkau banyak berkorban apa saja
aku masih ingat dulu engkau berbalut ketabahan membesarkan aku mengenal kemanusiaan aku masih ingat dulu engkau berlantaikan semangat mengasuh aku menjadi insan beriman
aku masih ingat dulu engkau berdinding kegigihan mendidik aku menjadi anak soleh
aku masih ingat dulu engkau merumahkan setia memelihara aku dengan kasih sayang menjadi manusia berguna
aku masih ingat…. aku masih ingat…. tak kan mudah aku lupa karena jasamu tak terbalas semuanya karena tak terenang sepenuhnya di laut budimu
ibu……..!!!! aku masih ingat mengucapkan terima kasih dan akan terus ingat melafazkannya sehingga akhir hayat aku masih ingat segala yang murni itu…
~Sepriadi~Labels: Hari Ibu |
posted by adee @ SiR QiErA @ qiera @ 8:28 AM |
|
|
|
Kami Blogger [ 758 ] |
|
Jom Borak!! |
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Links Terhebat |
|
|